Monday, August 4, 2008

Beriringan 2 Layer : Merah


Beriringan 2 layer : Kombinasi dianatara manik bulat transparent warna merah dan warna hijau. Mesti anda pelik kenapa di "combine" dengan warna hijau, sebenarnya bunga pada warna baju ni adalah warna hijau pucuk pisang :)

Sunday, August 3, 2008

Beriringan Single Layer : Hijau


Beriringan Single Layer: Design ni saya masih kategorikan dalam Beriringan Single layer walaupun cara sulamanya menggunakan campuran between manik selinder panjang and manik selinder kecik.

Pintalan Kasih


Pintalan Kasih : Dijahit berselang seli diantara manik warna biru air laut dan silver. Nampak manis bukan!!!!

Beriringan 2 Layer : Pink


Lagi gambar manik beriringan 2 layer tapi kali ni menggunakan satu warna sahaja iaitu warna seakan sama dengan warna tanah baju. Cantik juga bila menggunakan satu warna, sesuai untuk orang yg berkarekter simple.

Manis Manja

Manis manja : Tak tau nak letak nama ape, so saya bagi nama Manis Manja. Manis Manja ni menggunakan manik selinder yg panjang, lima atau empat biji manik disusun menegak dan melintang secara berselang seli. Guna dua warna yang contrast akan menyerikan lagi corak manik ni.

*** Design manik ni juga boleh disusun dengan 3,4 biji manik selinder yang kecik bagi menggantikan satu manik selinder yang panjang

Monday, July 28, 2008

Manik Beriringan 2 layer

Ini pun manik beriringan 2 layer jugak, tapi ditambah manik mutiara utk menyerlahkan lagi baju ni


Lagi manik beriringan 2 layer yg ditempahan oleh classmate kat UiTM dulu.. Sebenarnya manik beriringan 2 layer ni favourite saya sebab ianya simple dan menarik

Manik Beriringan 2 layer


Manik beriringan 2 layer ni tempahan dari KB, sebenarnya dah lama siap, 2 July lagi tapi tak berkesempatan nak upload kat blog ni.

Sori la gambar tak cantik sebab gambar dari hp je :)