Thursday, August 14, 2008

Manik Lalang Aleesha


Fresh from Oven :) ..baju kebaya ni baju je siap dlm setengah jam yg lalu.

Idea ni saya dapat dari LadyBeads N Needles House...Manik Lalang Cinoni.

Actually, baju kebaya ni untuk my daugher, Aleesha. Walaupun baru utk 4 tahun ++, tapi dia ni mmg pandai bergaya. Beria-ria minta my mom jahitkan baju kebaya untuk dia. Kononnya nak macam baju mak sepupunya Cik Hani :-D

Lepas my mom dah jahitkan, sibuk pulak suruh saya jahitkan manik kat baju dia..siap pilih sendiri manik-manik yg nak digunakan...pandai gak dia matching kan ngan baju. Bila saya dah separuh jalan jahit, bukan main lagi puji baju dia cantik :-D

Sebenarnya punya susah and a bit lambat jahit baju ni sebab kainnya lembik semacam je. Nyaris give-up tetapi memandangkan anak dara asyik dok tanya bila baju dia boleh siap, terpaksa la jahit jugak :). Dia nak pakai masa naik aeroplane balik KB hari Sabtu ni :)

Tuesday, August 5, 2008

http://arissaputri.fotopages.com/

Assalamualaikum..wth

Kalau nak tengok gambar lain lagi .. sila ke http://arissaputri.fotopages.com/

Kat fotopages tu himpunan jahitan manik sebelum buka account blogspot :)

Monday, August 4, 2008

Beriringan Single Layer

Beriringan Single Layer : Kombinasi manik bulat kecik warna merah dan kuning

Manik Tabur


Manik Tabur: Kombinasi warna hijau dan kuning.Menarik jugak kan !!!

Beriringan 2 Layer : Merah


Beriringan 2 layer : Kombinasi dianatara manik bulat transparent warna merah dan warna hijau. Mesti anda pelik kenapa di "combine" dengan warna hijau, sebenarnya bunga pada warna baju ni adalah warna hijau pucuk pisang :)

Sunday, August 3, 2008

Beriringan Single Layer : Hijau


Beriringan Single Layer: Design ni saya masih kategorikan dalam Beriringan Single layer walaupun cara sulamanya menggunakan campuran between manik selinder panjang and manik selinder kecik.

Pintalan Kasih


Pintalan Kasih : Dijahit berselang seli diantara manik warna biru air laut dan silver. Nampak manis bukan!!!!

Beriringan 2 Layer : Pink


Lagi gambar manik beriringan 2 layer tapi kali ni menggunakan satu warna sahaja iaitu warna seakan sama dengan warna tanah baju. Cantik juga bila menggunakan satu warna, sesuai untuk orang yg berkarekter simple.

Manis Manja

Manis manja : Tak tau nak letak nama ape, so saya bagi nama Manis Manja. Manis Manja ni menggunakan manik selinder yg panjang, lima atau empat biji manik disusun menegak dan melintang secara berselang seli. Guna dua warna yang contrast akan menyerikan lagi corak manik ni.

*** Design manik ni juga boleh disusun dengan 3,4 biji manik selinder yang kecik bagi menggantikan satu manik selinder yang panjang