Wednesday, September 24, 2008

Sweet Flower

Sweet Flower




Yang ni baru work in progress, alang-alang dah buka blog ni so decide masukkan jugak pattern ni walaupun gambar a bit blur Saja je ... Baju ni pun Zuha punya jugak .. target nak siapkan by hari ni sbb nak jahit manik utk baju anak plak .. Jumaat hubby dah balik dari overseas..so semua tempahan kena siap by Friday tengahari sebab nanti bz nak shopping plak sblm balik kampung hari Ahad, 27 Sept 2008

Kepada semua yg mengunjungi blog ini saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf zahir batin kalau ader perkataan dlm blog sayai ader yg menyinggung perasaan

Kepada yg balik kampung berkereta..Berhati-hati Di Jalan Raya, Pandu Selamat, Jiwa Selamat

Monday, September 22, 2008

Rosy Blooming

Dah lama tak update blog ni ..kesibukkan sikit .. Lagipun kebanyakkan tempahan pattern biasa-biasa je .. So hari ni decide untuk upload design baru yang saya namakan ...Rosy Blooming. Rosy Blooming ni untuk Zuha. Kombinasi labuci yang dibuat bunga rose dan manik tabur. Harapnya Zuha suka laa..memandangkan dia ader hint nak manik tabur :)



Saturday, September 13, 2008

Rerantai Untuk Nanie

Rerantai


Baju ni ditempah oleh nanie dari Kelana Jaya. Atas permintaan empunya baju, nak saya jahitkan pattern RERANTAI. Baju ni warnanya warna-warni & colour garang ... a bit pening nak make sure color jahitan manik ni timbul. Banyak kali jugak try jahit with a few colour combination untuk dapatkan kaler yang menyerlah. Harapnya Nanie suka la warna baju ni.